Blatter tidak letak jawatan

Blatter tidak letak jawatan

ZURICH, 26 Jun (Reuters) – Ketua FIFA Sepp Blatter memberitahu akhbar Switzerland, Blick, dia tidak meletakkan jawatan sebagai presiden badan induk bola sepak dunia yang sedang dipalit skandal itu.

Dalam akhbar yang diterbitkan hari ini itu, Blatter dipetik berkata; “Saya tidak meletak jawatan, ataupun saya menawarkan mandat saya dalam kongres luar biasa.”

Akhbar itu berkata Blatter membuat kenyataan buat pertama kali, semalam selepas penampilan terbuka terakhirnya pada sidang media, 2 Jun lalu di mana dia mengatakan akan meletakkan jawatan sebagai presiden FIFA dan meminta pemilihan kepimpinan.

Tindakan Blatter menambah spekulasi dia sedang cuba untuk kekal bersama badan induk bola sepak dunia yang sedang dilanda skandal rasuah itu.

Jurucakap FIFA menerusi emel berkata; “Kami boleh mengesahkan petikan daripada Blick adalah tepat. Mereka sebaris dengan ucapan yang dibuat presiden pada 2 Jun 2015.”

Blatter ketika berucap dalam satu majlis di Zurich, semalam. – Reuters
Blatter ketika berucap dalam satu majlis di Zurich, semalam. – Reuters

Begitupun, kata-kata Blatter itu seolah-olah tidak senada dengan apa yang dikatakannya pada 2 Jun lalu iaitu: “Saya sudah membuat keputusan untuk memberikan mandat saya pada Kongres elektif luar biasa.

“Saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai Presiden FIFA sehingga pemilihan itu.”