Blaugrana juaramini futsal keluarga

Blaugrana juaramini futsal keluarga

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Blaugrana muncul juara Mini Futsal Families Fiesta 5 2016 (Pesta Mini Futsal 5 Keluarga Kali Pertama 2016) apabila berjaya mengalahkan Johari FC 1-0 di perlawanan akhir.

Bugan FT pula memenangi tempat ketiga selepas menang 2-0 ke atas Anonymous dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Pesta futsal keluarga di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu telah disertai 10 buah pasukan yang telah dibahagikan kepada dua buah kumpulan.

Selepas melalui liga lima pasukan satu pusingan (round robin), hanya dua pasukan terbaik daripada kedua-dua kumpulan meneruskan persaingan di peringkat separuh akhir.

Juara Pesta Mini Futsal 5 Keluarga Kali Pertama 2016, Blaugrana.
Juara Pesta Mini Futsal 5 Keluarga Kali Pertama 2016, Blaugrana.

Separuh akhir pertama menyaksikan Johari FC selaku Juara Kumpulan A berjaya menundukkan Naib Juara Kumpulan B, Anonymous dengan jaringan 1-0 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Manakala Juara Kumpulan B, Blaugrana turut menang dengan jaringan yang sama ke atas Naib Juara Kumpulan A, Bugan FT di separuh akhir kedua untuk membuat janji temu dengan Johari FC di final.

Pasukan-pasukan yang telah menyertai kejohanan sehari itu ialah DFT, Bugan FT, Johari FC, JIHAS FC, K.H.A., Anonymous, C Kojak Family, X B.E.S. United, Wanderers FC dan Blaugrana.

Tujuan utama kejohanan berbentuk keluarga itu diadakan adalah bagi memberi peluang ahli keluarga daripada beberapa buah keluarga berkumpul bersama meluangkan waktu cuti Tahun Baru 2016 dengan aktiviti riadah khususnya futsal.

ARTIKEL YANG SAMA