BLIA bantu keperluan masyarakat

BLIA bantu keperluan masyarakat

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Seorang nelayan berusia 35 tahun yang bekerja sendiri telah menerima sumbangan kerusi roda yang diserahkan oleh Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) pada majlis yang berlangsung di kediaman keluarga penerima di Kampung Menunggol Laut, semalam.

Sumbangan telah diserahkan oleh Naib Presiden 2 MKM, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Perkasa Kolonel (B) Dato Paduka Haji Mahdini bin Dato Paduka Haji Basir.

Menurut kenyataan MKM, kerusi roda berkenaan telah disumbangkan oleh BLIA Sdn Bhd (Bright Light) untuk Haji Rahman bin Haji Ibrahim yang tidak lagi mempunyai pendapatan selepas diserang strok yang mengakibatkan bahagian sebelah kiri badannya tidak lagi berfungsi.

Beliau kini memerlukan lampin pakai buang berjumlah sehingga $30 sebulan, dan menurutnya, beliau kini hidup dengan bantuan daripada ibu bapanya yang sudah tua.

Beliau juga mempunyai empat orang adik-beradik lain yang dikategorikan sebagai berkeperluan, tiga lagi sudah berkahwin, seorang bercerai dan beliau sendiri masih bujang.

Haji Rahman menerima sumbangan berupa kerusi roda oleh BLIA melalui MKM.
Haji Rahman menerima sumbangan berupa kerusi roda oleh BLIA melalui MKM.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung MKM, Dayang Hamidah binti Lakem menyeru orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada Haji Rahman sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai supaya menghubungi talian 8770312 / 8736159.

ARTIKEL YANG SAMA