BLIA sumbang 10 kerusi roda

BLIA sumbang 10 kerusi roda

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Sept – Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini, telah menerima sumbangan berupa 10 kerusi roda, daripada sukarelawan BLIA.

Sumbangan telah disampaikan oleh wakil BLIA, Foo Jong Wah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Hospital RIPAS, Dayang Saidah binti Haji Wahid.

Foo Jong Wah, dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, sumbangan tersebut adalah untuk memenuhi objektif pertubuhan itu untuk memberi semula kepada orang awan dan menolong mereka yang memerlukan bantuan.

10 kerusi roda yang disumbangkan oleh BLIA kepada Hospital RIPAS.
10 kerusi roda yang disumbangkan oleh BLIA kepada Hospital RIPAS.

“Dalam masa yang sama menggalakkan pertalian muhibah, semangat kesukarelawan dan keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat,” tambah beliau.

Melalui sumbangan ini juga, ujarnya, BLIA berharap dapat membantu para pesakit bergerak ketika mendapatkan rawatan.

ARTIKEL YANG SAMA