Blister Technologies perkenal tiga gajet baru

Blister Technologies perkenal tiga gajet baru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Blister Technologies hari ini memperkenalkan tiga produk baru iaitu kaca mata VR10, Sensonic Power Bank P100 dan juga Sensonic CR10 Bluetooth Controller di bilik pamerannya.

Kaca mata VR10 merupakan kaca mata realiti maya yang sesuai untuk peranti iPhone atau Android dan boleh digunakan pada semua aplikasi realiti maya yang tersedia di App Store dan Google Play Store.

Ia menawarkan sudut pandangan 100 darjah dengan tiga pengaturan alternatif yang boleh disesuaikan dengan mata pengguna sama ada yang rabun jauh, rabun dekat atau normal.

Blister juga memperkenalkan Sensonic Power Bank P100 yang mempunyai keupayaan sehingga 10,000 MAH yang juga mempunyai dua slot kabel untuk telefon Android terutamanya Samsung dan iPhone. Ia juga memperkenalkan Sensonic CR10 Bluetooth Controller yang merupakan alat kawalan digunakan untuk gaming melalui VR10 dan dihubungkan melalui permainan VR tersedia di Google Play.

ARTIKEL YANG SAMA