Blogger Vietnam nafi hukuman berdasarkan bukti

Blogger Vietnam nafi hukuman berdasarkan bukti

HANOI, Vietnam, 22 Sept – Seorang blogger Vietnam yang terkenal memberitahu perbicaraan rayuan hari ini bahawa hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada awal tahun ini kerana penulisan anti-kerajaan bukan berdasarkan pada mana-mana bukti.

Nguyen Huu Vinh, lebih dikenali sebagai Anh Ba Sam, disabit menyalahgunakan kebebasan demokratik untuk mencabul kepentingan negara pada perbicaraan satu hari pada Mac.

Rakan sekerjanya, Nguyen Thi Minh Thuy, yang diberikan hukuman penjara tiga tahun atas dakwaan yang sama, juga merayu hukumannya.

Pada perbicaraan rayuan di Hanoi, Vinh tetap mengaku tidak bersalah.

“Keputusan tidak memberikan sebarang bukti sahih untuk menyabit saya, beritahu Vinh kepada mahkamah. “Dalam 24 artikel, tidak adanya bukti yang menunjukkan bahawa saya mengarah Thuy menyiar mereka.” – AP

ARTIKEL YANG SAMA