Bloomberg rancang jadi calon bebas AS

Bloomberg rancang jadi calon bebas AS

NEW YORK, 24 Jan – Hartawan dan bekas Datuk Bandar Bandar Raya New York, Michael Bloomberg, memaklumkan pembantu beliau supaya menyediakan rancangan berkempen sebagai calon bebas Presiden Amerika Syarikat.

Bloomberg, 73, berkata kepada rakan dan kenalan yang beliau sanggup berbelanja sekurang-kurangnya AS$1 bilion (RM4.27 bilion) untuk berkempen bagi pilihan raya pada November 2016.

Beliau meletakkan tarikh tamat sehingga awal Mac untuk membuat keputusan sama ada turut bertanding selepas mengarahkan satu tinjauan pada Disember lalu untuk menentukan peluang melawan Donald Trump dan Hillary Clinton.

Tiada calon bebas pernah memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Bloomberg yang mempunyai hubungan dengan Wall Street dan berpandangan Liberal sosial itu mungkin menjadi calon jika Republikan memilih Trump atau Senator Texas, Ted Cruz dan calon Demokrat, Vermont Bernie Sanders.

Gambar yang diambil pada 5 Disember 2015 menunjukkan Bloomberg menghadiri mesyuarat di Persidangan Perubahan Iklim Dunia 2015 di Le Bourget, Perancis. - Reuters
Gambar yang diambil pada 5 Disember 2015 menunjukkan Bloomberg menghadiri mesyuarat di Persidangan Perubahan Iklim Dunia 2015 di Le Bourget, Perancis. – Reuters

Bloomberg bertugas sebagai Datuk Bandar New York mulai tahun 2002 hingga 2013.

Beliau menukar pilihan parti daripada Republikan kepada bebas pada 2007 dan beberapa tahun ini membelanjakan berjuta-juta dolar untuk kempen mengetatkan undang-undang senjata Amerika Syarikat dan reformasi imigresen. – Reuters