‘Blue Cut’ paksa ribuan pindah

‘Blue Cut’ paksa ribuan pindah

LOS ANGELES, 19 Ogos – Anggota bomba semalam berusaha memadamkan siri-siri kebakaran hutan ekoran angin kencang dan mengharungi suhu terlalu panas dan tumbuhan kering, yang memaksa puluhan ribu penduduk California meninggalkan rumah mereka.

Kebakaran telah membakar bahagian-bahagian Hutan Kebangsaan Angeles, di selatan California, dua kebakaran besar di bahagian tengah negeri itu dan satu lagi kebakaran di utara jauh telah mengakibatkan penduduk seluruh bandar berpindah.

“Kegiatan kami pasti meningkat dalam tempoh beberapa minggu lalu dalam bilangan dan keterukan,” kata Daniel Berlant, jurucakap Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.

Kebakaran hutan Angeles – yang digelar ‘Blue Cut’ – telah memusnahkan 31,000 ekar, kawasan yang lebih dua kali ganda saiz Bermuda dan hanya empat peratus dapat dikawal.

Kebakaran telah merebak pada langkah yang mengejutkan dan nampaknya ia seolah-olah mengejar kita,” menurut MIchael Lopez, jurucakap laman sesawang maklumat kebakaran, Inciweb.

Sebuah helikopter sedang memadamkan kebakaran hutan lereng bukit di Keenbrook, kelmarin. – AFP
Sebuah helikopter sedang memadamkan kebakaran hutan lereng bukit di Keenbrook, kelmarin. – AFP

Lebih 82,500 orang yang berpotensi di laluan Blue Cut diberi arahan pemindahan, termasuklah keseluruhan penduduk Wrightwood dan Lytle Creek, bandar-bandar yang mempunyai ratusan penduduk dan kebanyakannya tinggal berhampiran Phelan.

Petang semalam sebilangan penduduk di bandar Hesperia, Oak HIlls dan Phelan akan dibenarkan pulang ke rumah, menurut pejabat syerif San Bernardino.

Ramai berlindung bersama keluarga atau rakan tetapi motel-motel di kawasan itu telah penuh. Banyak perniagaan telah menggandakan harga mereka, yang mengundang amaran daripada pihak berkuasa bahawa ‘menaikkan harga’ adalah menyalahi undang-undang.

Colette Martinez, 50 tahun, lari bersama suami dan anak lelaki mereka ke pusat Palang Merah yang diwujudkan dengan tergesa-gesa di sebuah sekolah di Hesperia.

“Kami tidak tahu jika kami mempunyai rumah bila kembali,” dia memberitahu AFP sambil menangis. – AFP