Blues bukan lawan mudah

Blues bukan lawan mudah

PARIS, 16 Dis (AFP) – Jurulatih Paris Saint-Germain Laurent Blanc enggan untuk melihat pasukannya sebagai pilihan untuk menewaskan Chelsea dalam persaingan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara biarpun kedua-dua pasukan mempamerkan rentak yang bertentangan.

PSG menewaskan Chelsea menerusi jaringan luar gelanggang pada peringkat sama Liga Juara-Juara musim lalu dan satu-satunya kekalahan mereka dalam 39 perlawanan hadir ketika menentang Barcelona dan Real Madrid.

Mereka mencatatkan kelebihan 17 mata di tangga teratas Ligue 1, sementara Chelsea berada di tangga ke-16 dalam Liga Perdana, hanya satu mata di atas zon penyingkiran selepas tewas di Leicester City, Isnin lalu.

“Kali ini mungkin 50/50. Walaupun kami menewaskan mereka pada kali terakhir, ini masih lagi dua kelab yang kuat dan bercita-cita tinggi,” kata Blanc semalam.

“Februari tidak jauh, tetapi ada sesuatu untuk dikatakan bahawa Chelsea masih berada di kedudukan yang sama, dan tidak ada untuk dikatakan kami akan beraksi dengan rentak sama seperti sekarang.

Blanc (kanan) amat menghormati Chelsea walaupun juara Inggeris itu jatuh merudum di persada liga. - Reuters
Blanc (kanan) amat menghormati Chelsea walaupun juara Inggeris itu jatuh merudum di persada liga. – Reuters

Undian itu lebih baik bagi PSG, tetapi ia juga teruk dengan Barcelona dan Bayern Munich di antara pesaing mereka selepas menamatkan tangga kedua dalam kumpulan.

“Tiada jurulatih yang berkata pada dirinya dia memiliki undian mudah. Kami perlu menganalisisnya. Dengan selesai di tangga kedua dalam kumpulan, kami mempunyai pasukan besar untuk dihindari.

“Di sini kami akan hadir menentang pasukan yang bagus yang sudah memenangi Liga Juara-Juara,” tambah Blanc.

“Bersedia bagi perlawanan adalah perkara mudah. Dua buah pasukan tidak banyak berubah dan tahu sesama sendiri.

Blanc yang bercakap sebelum PSG mula mempertahankan Piala Liga Perancis dengan perlawanan pusingan 16 terakhir di tempat sendiri menentang Saint-Etienne hari ini.