Blues fokus PSG sebelum temu Montpellier

Blues fokus PSG sebelum temu Montpellier

PARIS, 4 Mac (AFP) – Paris Saint-Germain akan menentang Montpellier di laman sendiri esok dengan kebanyakan tumpuan adalah kepada perlawanan timbal balik di Chelsea dalam kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu depan.

PSG bangkit setelah rekod 46 perlawanan tanpa kalah mereka dalam persaingan domestik lebur di Lyon hujung minggu lalu tetapi kekal dalam landasan untuk mempertahankan mahkota Piala Perancis selepas menewaskan Saint-Etienne 3-1 pada pertengahan minggu.

Bagaimanapun, kemenangan di Stade Geoffroy-Guichard berdepan keadaan di mana midfield Blaise Matuidi mengejar masa untuk kembali cergas bagi kunjungan ke Stamford Bridge Rabu depan.

Pemain antarabangsa Perancis itu dilihat menekan hamstring selepas diusung keluar ‘sebagai langkah berjaga-jaga’ pada pertengahan separuh masa kedua, dengan Laurent Blanc mengakui dia ‘bimbang’ dengan kecergasan Matuidi.

Blanc perlu menentukan sama ada untuk merehatkan pemain utama menjelang pertembungan bersama Chelsea atau tidak dengan Marco Verratti (cedera selangkang) dan Angel Di Maria (paha) juga bergelut dengan kecederaan.

Bos PSG itu walaupun gembira dengan keadaan pendahulu Ligue 1 memberikan respons di Saint-Etienne selepas mengalami kekalahan pertama musim ini.

“Kami tidak dapat memadamkan kekalahan itu tetapi kami boleh menggunakannya menjadi kelebihan kami. Ia adalah apa yang kami lakukan (bagi Rabu) dan saya gembira mengenainya. Ia cara yang bagus untuk memberikan respons selepas kekalahan mencetuskan sedikit keriuhan,” kata Blanc, dalam kenyataan yang diterbitkan oleh harian Perancis, L’Equipe.

“Montpellier adalah lawan sukar kerana kami akan memikirkan mengenai aksi perlawanan besar menentang Chelsea,” kata kapten PSG, Thiago Silva, dengan juara dari Perancis 2012, Monpellier tiba di ibu negara dengan tiga kemenangan untuk keluar dari zon penyingkiran.

“Kami sudah bersedia untuk Chelsea. Saya rasa semua orang tahu apa yang menanti kami di sana. Saya berharap (Matuidi) mampu untuk beraksi kerana dia pemain penting bagi pasukan,” tambah pemain dari Brazil itu.

ARTIKEL YANG SAMA