Blues perlu bina semula masa depan

Blues perlu bina semula masa depan

LONDON, 10 Mac (Reuters) – Juara Inggeris Chelsea berdepan cabaran membina semula masa depan mereka selepas disingkirkan daripada saingan Liga Juara-Juara oleh Paris Saint-Germain (PSG) semalam, kata pengurus sementaranya, Guus Hiddink.

Kekalahan itu meninggalkan The Blueas hanya berbaki saingan Piala FA sebagai sasaran realistik mereka untuk musim ini kerana sudah ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Leicester City dan tercicir 10 mata daripada Manchester City yang kini menghuni slot terakhir untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Pendapat saya, Chelsea sekarang ini berada dalam tempoh masa peralihan. Mereka perlu melihat bagaimana untuk melangsungkan kehidupan dan cuba kembali berada di tempat di mana Chelsea berada sebelum ini,” kata Hiddink. “Sukar untuk berada di kedudukan keempat ketika ini.”

Reaksi Blanc (kiri) dan Hiddink semasa pasukan mereka bertemu pada pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, kelmarin. – Reuters
Reaksi Blanc (kiri) dan Hiddink semasa pasukan mereka bertemu pada pusingan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, kelmarin. – Reuters

Chelsea dijadual berkunjung ke Everton untuk saingan suku akhir Piala FA Sabtu ini dan harus menunggu sama ada penyerangnya Diego Costa benar-benar cergas untuk bermain.

Costa melegakan Chelsea apabila kembali menyamakan kedudukan ketika berdepan Chelsea apabila menjaringkan gol pada minit ke-27 namun terpaksa dikeluarkan pada baki setengah jam perlawanan ekoran kecederaan.

Hiddink berkata, Costa mengalami kecederaan tendon berulang yang dialaminya ketika perlawanan terakhir liga Chelsea menentang Stoke City sebelum ini. Chelsea dalam pada itu juga masih belum mengumumkan pelantikan jurulatih tetap yang baharu.