Blues pinjam Falcao semusim

Blues pinjam Falcao semusim

LONDON, 5 Julai (Reuters) – Juara Liga Perdana, Chelsea mengikat penyerang Colombia, Radamel Falcao secara pinjaman semusim dari AS Monaco awal pagi semalam dengan pilihan untuk menjadikan perpindahan itu kekal.

Pemain berusia 29 tahun itu kurang berjaya ketika beraksi secara pinjaman di Manchester United musim lalu apabila sekadar menjaringkan empat gol dalam 29 perlawanan.

“Saya amat gembira menyertai Chelsea dan tidak sabar menanti latihan dan membantu sasaran kami mengekalkan kejuaraan liga dan berjaya di Eropah,” kata Falcao. Falcao, yang gagal menyumbat sebarang gol buat Colombia pada Copa America tahun ini apabila mereka layak ke suku akhir, sebelum ini bermain dengan River Plate, FC Porto dan Atletico Madrid.

Dia muncul antara penyerang paling digeruni di Eropah selepas memulakan kariernya sebagai pemain remaja di Colombia sebelum menyertai kelab gergasi Argentina, River pada 2001.

Falcao akan menyertai Chelsea untuk semusim secara pinjaman. – Reuters
Falcao akan menyertai Chelsea untuk semusim secara pinjaman. – Reuters

Lapan tahun kemudian, selepas memantapkan dirinya sebagai antara penyerang berbisa Amerika Selatan, Falcao menyertai Porto dan melakukan penampilan sulung Liga Juara-Juara menentang Chelsea. – Reuters

Begitupun pemain yang digelar Radamel Furacao (Radamel Ribut) oleh penyokong Portugal kelihatan kurang berbisa ketika menyarung jersi kuning negaranya. Dia hanya menjaringkan dua gol dalam tujuh perlawanan terakhir bersama Colombia dengan rekod keseluruhan tujuh daripada 28 penampilan buat negaranya.

Hanya satu daripadanya dilakukan pada perlawanan kompetitif iaitu ketika kelayakan Piala Dunia ke atas Peru di Medellin, dua tahun lalu.

Biarpun bekas jurulatih Colombia, Hernan Dario Gomez pernah menganggapnya sebagai ‘pemain idola‘ Falcao gagal meletakkan dirinya di tempat terbaik dalam skuad kebangsaan.

Sebagai seorang yang mempunyai pegangan yang kukuh dan sering mendermakan sebahagian pendapatannya setiap bulan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, hubungannya dengan negara asalnya tetap utuh meskipun 10 tahun meninggalkan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA