BMA raikan 14 anak yatim

BMA raikan 14 anak yatim

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Persatuan Perubatan Brunei (BMA) baru-baru ini mengadakan majlis membaca Yasin dan Tahlil dan seterusnya berbuka puasa bersama 14 anak yatim serta penjaga mereka dalam usaha menyemarakkan lagi bulan Ramadan pada tahun ini dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Hospital RIPAS itu dihadiri anak-anak yatim yang terdiri daripada anak-anak kepada pekerja-pekerja kesihatan dari Kementerian Kesihatan.

Pada majlis itu, Yang Dipertua BMA, Dr Pengiran Md Bahrin bin Pengiran Haji Aliuddin berkesudian menyampaikan derma wang tunai kepada anak-anak yatim berkenaan hasil sumbangan ahli-ahli persatuan dan rakan persatuan.

Selain itu, BMA juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mengadakan lawatan kebajikan kepada 19 buah keluarga di daerah-daerah Brunei-Muara dan Tutong hari ini untuk menyampaikan derma merupakan hamper Hari Raya, peruntukan seharian dan makanan dan juga wang tunai.

Keluarga-keluarga ini merupakan keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik yang telah dikenal pasti oleh Bahagian Kebajikan Perubatan, Hospital RIPAS.

Dr Pengiran Md Bahrin bergambar ramai bersama-sama mereka yang terbabit dalam acara berkebajikan tersebut.
Dr Pengiran Md Bahrin bergambar ramai bersama-sama mereka yang terbabit dalam acara berkebajikan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA