BMC anjur ceramah agama sempena Maulud Nabi

BMC anjur ceramah agama sempena Maulud Nabi

Oleh Anwar Rosly

Gambar oleh BMC

 

KUALA BELAIT, 21 Dis – Syarikat Metanol Brunei Sdn Bhd (BMC) turut sama-sama menyambut kedatangan Maulud Nabi dengan mengadakan ceramah agama yang berlangsung di Bangunan Pentadbiran BMC, Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK).

Menurut kenyataan BMC, menghadiri acara keagamaan itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais, para pegawai dan kakitangan syarikat yang lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Awang Isham bin Ismail dari Pusat Dakwah Islamiah dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.

Awang Daud bersama warga BMC semasa menghadiri ceramah tersebut.
Awang Daud bersama warga BMC semasa menghadiri ceramah tersebut.
Awang Isham ketika menyampaikan ceramah.
Awang Isham ketika menyampaikan ceramah.

ARTIKEL YANG SAMA