BMC dengar taklimat dadah

BMC dengar taklimat dadah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 29 Feb – Lebih 60 orang dalam kalangan pegawai dan kakitangan Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) mendengar Taklimat Kesedaran Penyalahgunaan Dadah yang diadakan di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

Syarikat tersebut mengundang Biro Kawalan Narkotik (BKN) untuk menyampaikan taklimat kesedaran tersebut yang antara lain bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang bahayanya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan bermasyarakat.

Hadir sama mendengar taklimat ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais. Turut hadir ialah Pegawai Kanan Narkotik, Pengiran Haji Ali bin Pengiran Samsudin.

Pameran turut disediakan oleh BKN untuk memberikan lebih pengetahuan mengenai pelbagai jenis dadah dan sebagainya.
Pameran turut disediakan oleh BKN untuk memberikan lebih pengetahuan mengenai pelbagai jenis dadah dan sebagainya.

Manakala itu, taklimat kesedaran telah disampaikan oleh Pegawai BKN, Hajah Norhayani binti Abdullah.

Selain taklimat, pegawai dan kakitangan syarikat tersebut juga berpeluang menyaksikan pameran yang disediakan oleh BKN untuk menambahkan lagi pengetahuan mengenai jenis-jenis dadah serta bahan penggunaannya dan sebagainya.