BMC Racing kekal gelaran uji masa

BMC Racing kekal gelaran uji masa

RICHMOND, Virginia, 21 Sept (Reuters) – Pasukan dari Amerika Syarikat, BMC Racing mengekalkan gelaran uji masa berpasukan lelaki mereka dalam perlumbaan kejuaraan berbasikal dunia semalam.

Manuel Quinziato dan Daniel Oss dari Itali, Taylor Phinney dari AS, Silvan Dillier dan Stefan Kung dari Switzerland dan Rohan Dennis dari Australia mencatatkan masa 42 minit 7 saat dalam perlumbaan sepanjang 38.6 km.

Mereka menewaskan pasukan dari Belgium, Etixx-Quick Step, diketuai oleh juara uji masa dunia individu, Tony Martin, dengan 11 saat, menurut masa yang diperuntukan.

Pasukan dari Sepanyol, Movistar memenangi pingat gangsa.

“Ini adalah tujuan besar bagi kami, saya merasa gembira menjadi sebahagian dari pasukan,” kata Phinney, yang baru-baru ini kembali ke perlumbaan itu selepas lebih dari setahun berehat berikutan kemalangan.

Awal semalam, acara uji masa wanita dimenangi oleh pasukan Velocio-SRAM.

ARTIKEL YANG SAMA