BMC semai kesedaran kesihatan

BMC semai kesedaran kesihatan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 27 Mei – Syarikat Brunei Methanol Sendirian Berhad (BMC) telah menganjurkan Hari Kesedaran Kesihatan yang melibatkan penyertaan kalangan kakitangan syarikat dan syarikat-syarikat kontraktor sebagai salah satu program cara hidup sihat tahun 2015 syarikat tersebut hari ini.

Hari Kesedaran Kesihatan diisikan dengan acara pemeriksaan kesihatan dan juga memperkenalkan khasiat pengambilan buah-buahan segar dalam cara pemakanan seharian.

Program tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk mengetengahkan betapa pentingnya pengambilan buah-buahan segar dalam pemakanan seharian untuk mengelakkan daripada masalah-masalah kesihatan.

Sementara itu pemeriksaan kesihatan pula adalah bagi mengenal pasti kesihatan daripada segi tekanan darah dan ujian gula dalam darah.

Pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas setiap kakitangan Syarikat BMC dan syarikat-syarikat kontraktor syarikat itu.
Pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atas setiap kakitangan Syarikat BMC dan syarikat-syarikat kontraktor syarikat itu.

Peserta program juga telah dihidangkan dengan berbagai-bagai buah-buahan segar dan jus buah-buahan yang mempunyai khasiatnya tersendiri dan juga bagi membekalkan kesihatan dalam tubuh badan.

Hadir dalam program itu ialah Timbalan Ketua Eksekutif BMC Awang Daud bin Haji Jais, selain di kalangan kakitangan di bahagian pentadbiran, teknikal dan syarikat-syarikat kontraktor BMC.

ARTIKEL YANG SAMA