BMC terima kunjungan pelajar biasiswa YSHHB

BMC terima kunjungan pelajar biasiswa YSHHB

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 10 Ogos – Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC), hari ini, telah menerima lawatan daripada rombongan pelajar di bawah Skim Biasiswa Sultan, dari Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

Rombongan seramai lapan orang pelajar tersebut telah diketuai oleh Pengarah Urusan YSHBB, Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa.

Lawatan tersebut antara lain bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai syarikat tersebut dan cabarannya dalam industri hiliran.

Sejurus ketibaan, rombongan telah mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Inspektor Keselamatan BMC, Awang Mohd Amirrul bin Ismail.

Warga BMC bergambar ramai bersama rombongan pelajar di bawah Skim Biasiswa Sultan, YSHHB.
Warga BMC bergambar ramai bersama rombongan pelajar di bawah Skim Biasiswa Sultan, YSHHB.

Kemudian, rombongan juga telah berpeluang mendengarkan taklimat mengenai latar belakang syarikat yang disampaikan oleh Pengajar Operasi Latihan BMC Awang Asnawi bin Haji Mohamad dan Haji Yusni bin Haji Mohamad.

Majlis turut menyaksikan sesi soal jawab, bagi memberikan peluang kepada rombongan pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara berkaitan dengan syarikat tersebut, sebelum mereka turut berpeluang meninjau kawasan loji dengan menaiki bas.

ARTIKEL YANG SAMA