BMC terima kunjungan pelajar UBD

BMC terima kunjungan pelajar UBD

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 12 Okt – Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) terus menerima kunjungan daripada kalangan pelajar, dan hari ini, serombongan pelajar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) turut membuat lawatan ke syarikat itu.

Rombongan pelajar UBD dari dalam dan luar negara itu, merupakan pelajar yang sedang mengikuti Program Sarjana Kesihatan Awam dan seorang pelajar PhD di Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah.

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada modul pembelajaran mereka untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai Perkhidmatan Kesihatan Pekerjaan (OHS) dan fungsi dan peranan Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di BMC.

Semasa lawatan tersebut, para pelajar telah berpeluang menyaksikan tayangan video korporat diikuti dengan sesi soal jawab yang telah diketuai oleh Pegawai Kesihatan BMC, Hajah Norhayati binti Haji Yusope dan Pegawai Keselamatan BMC, Duddy Oktoberliant.

Rombongan pelajar UBD yang membuat lawatan ke Syarikat BMC.
Rombongan pelajar UBD yang membuat lawatan ke Syarikat BMC.

Para pelajar juga telah dibawa meninjau ke Bilik Pertolongan Cemas BMC, serta peralatan yang digunakan oleh Pasukan Kesihatan BMC, diikuti kemudiannya melawat kawasan loji yang telah diketuai oleh Jurutera BMC, Dayang Fatin Nadiah binti Haji Mohd Jamil.

ARTIKEL YANG SAMA