BMI, Phosphor juara bola sepak Hua Ho

BMI, Phosphor juara bola sepak Hua Ho

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jun – Pasukan BMI dan Phosphor tampil johan bagi Kejohanan Akhir Pesta Bola Sepak Hua Ho yang berlangsung di Hua Ho Manggis Mall, hari ini.

Pasukan BMI yang menumpaskan Pasukan Bank Islam Brunei Darussalam dalam Bahagian Terbuka dengan jaringan 2-0, pada awalnya menewaskan Pasukan Brunei Cement dengan jaringan 5–2 di peringkat separuh akhir.

Sementara itu, bagi Bahagian Belia pula Pasukan Phosphor menewaskan Creativol setelah terikat 2-2 dan ditentukan melalui sepakan penalti yang berpihak kepada Phosphor dengan mata 4-3.

Phosphor terlebih dahulu di peringkat separuh akhir pula mengalahkan Pasukan Pio-Pio dengan jaringan 5-4 setelah menghabiskan perlawanan di peringkat kumpulan bermula pada 2 Jun yang lalu.

Gambar ramai sebahagian besar pemenang dalam kejohanan berkenaan.
Gambar ramai sebahagian besar pemenang dalam kejohanan berkenaan.

Tampil di tempat ketiga Bahagian Belia ialah Pasukan Pio-Pio yang mengalahkan Pasukan Alpha Qaf dengan jaringan 5-7 sementara bagi bahagian terbuka pula Pasukan Brunei Cement meraih tempat ketiga setelah mengalahkan Pasukan SAS dengan jaringan 2-6.

Kejohanan berkenaan merupakan anjuran Hua Ho dengan kerjasama D’Sunlit, Hui Huang Enterprise dan SugarBun dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Pengurus Hui Huang Enterprise, Katherine Hii dan Pengurus Cawangan Sugar Bun, Imron.

 

ARTIKEL YANG SAMA