BMOG anjur majlis berbuka puasa

BMOG anjur majlis berbuka puasa

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Julai – Kumpulan Pemilik Mercedes Brunei (BMOG) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama-sama dengan ahli-ahli kelab tersebut serta ahli keluarga mereka yang berlangsung di Food Court Jerudong Park di sini.

Majlis tersebut turut diselajurkan dengan acara penandatanganan perjanjian antara kelab berkenaan dengan Syarikat Imperial Sport atas lantikan sebagai pengedar rasmi uniform dan keperluan cenderamata BMOG.

Hadir sama pada majlis tersebut, Presiden BMOG Haji Norahmadi bin Haji Kepli yang memberitahu bahawa aktiviti bersungkai merupakan antara acara tahunan yang mereka anjurkan dengan hasrat mengeratkan tali silaturahim di antara ahli-ahli kelab itu dan keluarga masing-masing, selain bertujuan meluangkan masa bersama bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

“Kami sentiasa mahukan kesepaduan antara ahli-ahli selain dalam kesempatan berbuka puasa bersama ini, kami turut berpeluang bertukar-tukar fikiran untuk perancangan aktiviti yang akan diadakan seterusnya termasuk bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya,” kata Haji Norahmadi.

Sesi bergambar ramai antara ahli-ahli BMOG semasa Majlis Berbuka Puasa di Jerudong.
Sesi bergambar ramai antara ahli-ahli BMOG semasa Majlis Berbuka Puasa di Jerudong.

Beliau juga mengalu-alukan kepada mereka yang berhasrat untuk menyertai BMOG melayari ke laman sesawang www.bruneimercedesownergroup.blogspot.com untuk mendapatkan penerangan lanjut termasuk mengenai pelbagai aktiviti yang telah dan akan mereka adakan.

ARTIKEL YANG SAMA