BMOG lebarkan sayap

BMOG lebarkan sayap

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 4 Ogos – Kumpulan Pemilik Mercedes Brunei (BMOG) telah melangkah lebih jauh dalam mengeratkan persahabatan dan silaturahim dengan ahli-ahli pemilik Mercedes di negara jiran, setelah menerima undangan menghadiri acara Perhimpunan Mega Pertama Mercedes Benz Malaysia yang berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, baru-baru ini.

Pengasas BMOG, Haji Norahmadi bin Haji Kepli, hari ini, memberitahu Media Permata bahawa acara yang berlangsung pada Sabtu lalu, anjuran Kelab Pemilik Mercedes Benz Malaysia, telah dihadiri sama oleh ahli-ahli daripada kira-kira 50 buah kelab Mercedes di seluruh Malaysia yang telah menampilkan berbagai-bagai jenis model Mercedes baru dan klasik.

“BMOG rasa amat gembira atas undangan yang diberikan, dan ianya sekali gus telah memberikan peluang kepada kami untuk mengenali antara satu sama lain, dan juga dapat berkenalan dengan ahli-ahli kelab dari negara lain yang turut sama menghadirinya, seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, serta memberikan pengalaman baru dalam bidang permotoran kereta Mercedes,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, ia merupakan satu lagi pencapaian yang amat membanggakan dalam kalangan ahli-ahli BMOG kerana berpeluang membawa nama negara ke acara antarabangsa setakat ini.

Kumpulan Pemilik Mercedes Brunei merakamkan kenangan bersama ahli-ahli kelab Mercedes di Semenanjung Malaysia dan negara jemputan lainnya.
Kumpulan Pemilik Mercedes Brunei merakamkan kenangan bersama ahli-ahli kelab Mercedes di Semenanjung Malaysia dan negara jemputan lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA