BMW 1 Series temui pelanggan

BMW 1 Series temui pelanggan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – BMW Group Asia dan QAF Auto hari ini memperkenalkan BMW 118i lima pintu yang baru di bilik pamerannya di Perindustrian Beribi, Gadong.

Model 1 Series yang baru ini menampilkan wajah baru dengan bahagian hadapan dan belakang yang lebih sportif dan segak, berbeza dengan penampilan BMW yang sering dilihat pada kereta mewah itu terutama pada lampu hadapan, lampu siang, jeriji depan serta lampu belakangnya.

Selain daripada penampilannya, 1 Series yang baru ini mampu menghasilkan 136 kuasa kuda dengan puncak tujahan 220 Nm daripada 1,250 hingga 4,000 rpm sekali gus menjadikannya cukup kuat untuk pecutan optimum.

BMW 1 Series yang baru diperkenalkan kelmarin.
BMW 1 Series yang baru diperkenalkan kelmarin.
Bahagian dalaman BMW 1 Series yang elegen.
Bahagian dalaman BMW 1 Series yang elegen.

Namun begitu, 1 Series yang baru ini juga menampilkan ciri-ciri penjimatan minyak pada kadar 4.8 liter bagi setiap 100 kilometer dengan emisi karbon dioksida pada kadar 112 gram bagi setiap kilometer perjalanan.

Melihat kepada aspek luaran, kereta keluaran BMW ini tampil dengan rekaan jeriji depan yang baru dan salur kemasukan udara yang lebih besar bagi keberkesanan dinamik di samping lampu hadapan yang lebih rata menggunakan lampu LED serta rekaan semula lampu belakang yang turut menggunakan lampu LED bagi pancaran cahaya optimum.

ARTIKEL YANG SAMA