BMW 7 Series tampil teknologi terkini

BMW 7 Series tampil teknologi terkini

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jan – BMW Group Asia dan QAF Auto semalam telah melancarkan BMW 7 Series 740Li pada majlis yang berlangsung di Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong.

Hadir menyempurnakan pelancaran selaku tetamu kehormat majlis ialah Duta Besar Jerman ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Roland Grafe. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif QAF Brunei, Albert Lau; Ketua Perniagaan Mewah QAF, Anis Sani; Pengurus Besar Kumpulan BMW Asia, Jonna Sia dan Ketua Operasi QAF Auto, Pengiran Sharolzaman bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Menurut Pengurus Besar QAF Group, Roger Fletcher, sejak 1977, BMW telah memberikan inovasi terbaik dan standard terbaru dalam 7 Series.

“Daripada meter laju elektronik, kawalan letak kereta kepada sistem operasi iDrive semuanya menjadi penanda aras industri kereta moden”.

TYT Roland Grafe (kanan) dan Albert Lau (kiri) ketika melancarkan model terbaru BMW tersebut.
TYT Roland Grafe (kanan) dan Albert Lau (kiri) ketika melancarkan model terbaru BMW tersebut.
TYT Roland Grafe memasuki ruang BMW 740Li dan mencuba fungsi teknologi terbaru pada kereta tersebut.
TYT Roland Grafe memasuki ruang BMW 740Li dan mencuba fungsi teknologi terbaru pada kereta tersebut.

Generasi keenam BMW 7 Series ini juga mengetengahkan teknologi terbaru seperti Carbon Core yang mengurangkan berat kereta kepada 130 kilogram, dan inovasi fungsi dalaman kereta seperti arahan sentuhan (touch command), arahan menggunakan pergerakan tangan, Sky Lounge dengan bumbung kaca Panoram dan sebagainya.

“BMW 7 Series merangkumi usaha kami untuk mobiliti moden, kualiti tertinggi dan ketepatan mutlak. Ini sudah tentu karya dan kereta BMW terbaik yang pernah kami hasilkan,” ujarnya.

BMW 740Li serba baru ini dilengkapi enjin enam silinder dengan teknologi TwinPower Turbo BMW bersama transmisi automatik lapan kelajuan, manakala itu, unit crankcase enjin dan kepala silinder semuanya diperbuat daripada aluminium.

Dengan teknologi ini, BMW 740Li terbaru mampu menjana sehingga 326 kuasa kuda dengan tork maksima 450Nm daripada 1,380 kepada 5,000 rpm.

BMW 7 Series menjadi pilihan popular sejak kebelakangan ini dengan reka bentuk lebih moden berbanding sebelumnya. Lampu hadapannya dilengkapi dengan LED yang berhubung pada gril berbentuk buah pinggang yang menjadi ikon BMW sejak dahulu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA