BMW catat jualan tinggi

BMW catat jualan tinggi

FRANKFURT, 3 Mei (AFP) – Pengeluar kereta Jerman BMW pada hari ini mengesahkan semula sasarannya untuk tahun penuh setelah mencatat jumlah jualan dan pendapatan yang tinggi dalam tiga bulan pertama.

“Kumpulan BMW tetap yakin dalam mencapai sasaran ramalannya untuk tahun kewangan sekarang,” kata ketua eksekutif Harald Krueger.

“Kami mengesahkan semula sasaran kami untuk tahun penuh. Kami meramalkan sedikit pertambahan, dan dengan itu angka rekod baru untuk jumlah jualan dan keuntungan kumpulan sebelum cukai pada 2016,” kata Krueger.

Dalam tempoh dari Januari hingga Mac, BMW menjual 557,605 buah kenderaan di seluruh dunia, satu rekod untuk suku pertama, katanya.

Sebanyak 557,605 kereta BMW telah dijual di seluruh dunia pada suku pertama tahun ini. – AP
Sebanyak 557,605 kereta BMW telah dijual di seluruh dunia pada suku pertama tahun ini. – AP

Ia diterjemahkan kepada pendapatan berjumlah 20.85 bilion euro, atau kemerosotan sebanyak 0.3 peratus berbanding angka tahun sebelumnya, sebahagiannya disebabkan faktor mata wang yang tidak baik, seperti nilai mata wang pound Britain dan renminbi China berbanding euro,” kata pengeluar kereta itu.

Keuntungan operasi merosot sebanyak 2.5 peratus kepada 2.46 bilion euro, tetapi keuntungan bersih meningkat sebanyak 8.2 peratus kepada 1.64 bilion euro, “juga menandakan rekod suku pertama baru,” kata BMW.