BMW pasang peralatan standard

BMW pasang peralatan standard

BERLIN, 7 Mei (dpa) – BMW telah mengumumkan bahawa semua model yang dijual di Britain akan dipasang dengan peralatan pengemudian satelit sebagai standard.

Setiap BMW baru yang dijual akan mendapat pakej pengemudian satelit multimedia yang termasuk iDrive dan saluran mesej lalu lintas bersama sistem panggilan kecemasan, radio DAB dan Bluetooth. Model 2-Series mendapat peningkatan mulai Julai dan pada September, model daripada 7-Series kepada 1-Series akan mempunyai pengemudian satelit sebagai peralatan standard. Pakar industri berkata pengeluar kereta premium Jerman sedang bertindak untuk menjamin saham pasaran dalam pasaran Britain di mana ramai pembeli memberi penekanan kepada kesalinghubungan.

Tidak terdapatnya rancangan untuk menawarkan pengemudian satelit sebagai peralatan standard dalam BMW yang dijual di Jerman. Pasaran lain juga perlu menunggu. Sistem itu menambah kira-kira 1,200 euro kepada senarai harga BMW 1-Series.