BMW perkenal 120i M Sport, 220i Gran Tourer

BMW perkenal 120i M Sport, 220i Gran Tourer

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) – BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan model baharunya, BMW 120i M Sport dan BMW 220i Gran Tourer.

Model 120i M Sport berharga RM219,800 dan 220i Gran Tourer RM279,800, kedua-duanya termasuk cukai barang dan perkhidmatan.

“Kami yakin dengan pelancaran kenderaan baharu itu akan terdapat pertumbuhan dalam jualan pada tahun ini berbanding tahun lepas,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Alan Harris.

Beliau berkata BMW Malaysia menjual 7,806 unit daripada keseluruhan kereta BMW pada 2014.

Sementara itu, sempena pelancaran model baharu itu, syarikat turut memperkenalkan edisi kedua Program Keselamatan 360 BMW.

“Kami menekankan aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan kami, isu penting dan bersesuaian dengan apa yang berlaku di jalan raya dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya pada pelancaran tersebut di sini hari ini.

Kerusi kanak-kanak berharga antara RM2,024.94 dan RM2,358.23.

ARTIKEL YANG SAMA