BMW tampilkan BMW 640i Gran Coupe baharu

BMW tampilkan BMW 640i Gran Coupe baharu

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – BMW Group Malaysia menampilkan BMW 640i Gran Coupe baharu, interpretasi terkini coupe empat pintu dalam sejarah jenamanya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Harris berkata dalam dunia automotif, BMW Group merupakan pakar dalam pengeluaran coupe sukan premium, berdasarkan tradisi mewah lagi berprestasi tinggi coupe dua pintunya.

“Menerusi BMW 6 Series Gran Coupe baharu ini, kami dapat memanfaatkan kepakaran ini untuk mewujudkan coupe empat pintu sporty yang sangat menarik dan mewah yang merupakan penanda aras baharu dalam segmen automotif serba baharu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pakej M Sport menawarkan kit M aerodinamik yang meliputi apron depan dan belakang bumper yang lebih sporty dalam warna metalik Dark Shadow.

BMW 640i Gran Coupe dijual pada harga RM788,800 (atas jalan tanpa insurans) dan dilengkapi jaminan perbatuan tanpa had lima tahun serta pakej servis percuma. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA