BMW turut taja She Runs 2016

BMW turut taja She Runs 2016

Oleh James Kon

Gambar oleh Bahyiah Bakir

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – BMW, hari ini menandatangani memorandum perjanjian tajaan bagi acara larian amal ‘She Runs 2016’ yang bakal diadakan pada 15 Mei depan.

Larian amal bagi mengutip dana untuk Yayasan Kanser Kanak-kanak Brunei Darussalam (YASKA) dan Olimpik Istimewa Brunei Darussalam (SOBD) itu dianjurkan oleh Fitness Zone dengan kerjasama Brunei Press Sdn Bhd dan Kelab Wanita Antarabangsa Brunei.

Perjanjian ditandatangani oleh Pengurus Besar QAF Auto, Roger Fletcher dan Pengarah Pengurusan Fitness Zone, Wu Chun dengan disaksikan oleh Pengurus Besar Fitness Zone, Del Alfaro dan Pengurus Jualan QAF Auto, Haji Mohd Fitzila serta wakil dari YASKA, Dayang Tsara’ Nuwwarah binti Abdullah Chen dan Pengerusi SOBD, Haji Mahrub bin Haji Murni.

Roger Fletcher dan Wu Chun bertukar dokumen perjanjian penajaan acara larian amal She Runs 2016 kelmarin.
Roger Fletcher dan Wu Chun bertukar dokumen perjanjian penajaan acara larian amal She Runs 2016 kelmarin.
Wu Chun bergambar ramai bersama kanak-kanak YASKA dan wakil SOBD.
Wu Chun bergambar ramai bersama kanak-kanak YASKA dan wakil SOBD.

Menurut Roger Fletcher, QAF sangat berbesar hati untuk turut serta dalam menaja acara amal itu dan berharap semakin banyak pihak akan turut terlibat menjayakan acara amal berkenaan.

Larian amal itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu larian 3.7 kilometer dan 5 kilometer manakala jumlah penyertaan hanya terhad kepada 1,500 orang peserta sahaja.

Pendaftaran dalam talian dibuka sehingga 10 April dan pembayaran boleh dibuat melalui Fitness Zone Kiulap. Manakala itu, kit larian akan diserahkan bermula 10 hingga 13 Mei nanti.

ARTIKEL YANG SAMA