BMW ‘yakin’ permulaan baik

BMW ‘yakin’ permulaan baik

FRANKFURT, 6 Mei (AFP) – Pengeluar kereta Jerman BMW berkata hari ini, ia yakin mengenai prospek untuk 2015 setelah mencatat permulaan yang baik dalam tiga bulan pertama.

“Kumpulan BMW terus mencatat prestasi baik dalam tempoh tiga bulan pertama 2015, dengan jumlah jualan, pendapatan, keuntungan semuanya meningkat kepada tahap tinggi baru,” kata pengeluar kereta itu dalam satu kenyataan.

BMW berkata ia “mengesahkan semula sasarannya untuk tahun itu. Kami boleh menjangka tahun yang selebihnya dengan penuh keyakinan.”

Dalam tempoh bermula Januari hingga Mac, pendapatan kumpulan bertambah sebanyak 14.7 peratus kepada 20.917 bilion euro. Keuntungan operasi meningkat sebanyak 20.6 peratus kepada 2.521 bilion euro dan keuntungan bersih berjumlah 1.516 bilion euro, meningkat 4.0 peratus pada tahun itu. Unit jualan meningkat sebanyak 8.1 peratus kepada 526,669 unit, “dengan itu menetapkan rekod baru untuk tempoh berkenaan,” kata kenyataan. “Kami telah mencatat permulaan yang baik pada 2015,” kata ketua eksekutif Norbert Reithofer.

Logo BMW pada sebuah kereta di Pameran Auto Antarabangsa Brussels pada 22 Januari lalu. BMW dijangka akan melaporkan keputusan Q1 minggu ini. – Reuters
Logo BMW pada sebuah kereta di Pameran Auto Antarabangsa Brussels pada 22 Januari lalu. BMW dijangka akan melaporkan keputusan Q1 minggu ini. – Reuters

“Kami bercita-cita mencatat pertumbuhan kukuh pada 2015, dan dengan itu angka rekod baru untuk jumlah jualan dan keuntungan sebelum cukai,” kata beliau. Keadaan ekonomi di beberapa rantau “bagaimanapun akan terus menimbulkan cabaran.

Keadaan di pasaran kereta Rusia, misalnya, mungkin tetap sukar. Proses pemulihan yang berterusan di pasaran kereta China juga mungkin diteruskan, membawa kepada pertumbuhan yang kurang dinamik,” kata Reithofer.