BNA adakan perkhemahan ‘The Royal Bees’

BNA adakan perkhemahan ‘The Royal Bees’

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Persatuan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam (BNA) hari ini menampilkan barisan pemain-pemain skuad kebangsaan dalam perkhemahan “The Royal Bees” yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Acara dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi sebelah pagi dan sebelah petang yang menampilkan penyertaan daripada orang ramai yang didedahkan kepada 10 jenis latihan tubi yang memfokuskan kepada latihan asas yang mencabar.

Antara tujuan perkhemahan adalah bagi mengumpulkan dana bagi latihan di masa akan datang dengan mengenakan yuran sebanyak $5 bagi setiap penyertaan dan semua latihan dikendalikan oleh barisan pemain skuad bola jaring kebangsaan yang terlibat.

Acara berkenaan turut dihadiri oleh Pengurus Pasukan Bola Jaring Kebangsaan Brunei Darussalam, Dayang Sabriah @ Sabariah binti Haji Kamel dan juga Jurulatih Skuad Bola Jaring Kebangsaan, Thilaka Jinadasa dan melibatkan lebih 30 penyertaan daripada orang ramai untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana perkhemahan kali ini.

Gambar ramai di akhir acara tersebut.
Gambar ramai di akhir acara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA