BNM Malaysia dalam keadaan sihat

BNM Malaysia dalam keadaan sihat

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) – Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang digembar-gemburkan media sosial.

“Beliau sihat dan baik-baik sahaja di pejabatnya,” jelas Jabatan Perhubungan Korporat BNM yang dihubungi Bernama di sini, hari ini. Tambahnya lagi, Zeti bekerja seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wadseperti didakwa.

Berdasarkan kalender acara BNM di laman sesawangnya, BNM bakal mengumumkan prestasi keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua pada 13 Ogos ini. Taklimat prestasi KDNK biasanya dipengerusikan oleh gabenor BNM.

Sementara itu menurut laporan Malaysia Gazette, Zeti tiada di pejabat padapagi Isnin, tetapi datang bekerja pada sebelah petang.

Zeti sehari dua ini juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman BNM, sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau tidak sihat.