BNM sudah kemuka cadangan pengganti Zeti

BNM sudah kemuka cadangan pengganti Zeti

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) – Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemukakan cadangan mengenai bakal pengganti Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Kami telah membuat cadangan dan kerajaan akan membuat keputusan dan menyerahkan nama kepada Yang Di-Pertuan Agong,” kata Zeti kepada pemberita di majlis Forum Global Wharton 2016 di sini, hari ini.

“Minta bersabar. (Ia akan diumumkan) tidak lama lagi,” katanya ketika ditanya siapakah yang menjadi calon pilihannya di antara Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Muhammad Ibrahim, Timbalan Gabenor ketika ini.

Di samping dua tokoh berkenaan, senarai bakal calon termasuk Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Timbalan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Zeti juga ditanya sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berada di Bank Negara semalam.

“Ya, ada satu majlis taklimat, kami berikan taklimat seumpama itu sebelum laporan tahunan.

ARTIKEL YANG SAMA