Board Weekend labuh tirai

Board Weekend labuh tirai

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Sekolah Menengah Sayidina Hassan muncul juara untuk Anugerah Sekolah Terbaik bagi Pertandingan Catur dalam permainan Board Weekend yang berakhir semalam di Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pengarah Jabatan Kokurikulum Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Haji Azis bin Haji Nayan, yang juga selaku tetamu kehormat majlis.

Permainan Board Weekend edisi ke-3 yang dihadiri lebih 100 orang pengunjung itu mempertandingkan tiga permainan yang berbeza termasuk Kejohanan Catur, Perlawanan Tamiya dan Cabaran Hot Wheels Drag.

Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pemenang.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para pemenang.
Gambar ramai para pemenang yang menyertai Board Weekend.
Gambar ramai para pemenang yang menyertai Board Weekend.
Antara gelagat pengunjung semasa menyertai kejohanan catur.
Antara gelagat pengunjung semasa menyertai kejohanan catur.

Selain itu, orang ramai juga dihiburkan dengan pelbagai permainan papan yang disediakan oleh pihak penganjur. Acara tersebut merupakan kerjasama Jabatan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Persekutuan Catur Brunei dan PEMKAR Brunei.

Dalam masa yang terdekat, Times Square juga akan mengadakan beberapa acara pada bulan Ogos ini seperti penyampaian hadiah cabutan bertuah ketiga pada 14 Ogos dan Sesi Keluarga pada 19 hingga 21 Ogos nanti.

Orang ramai yang ingin mengetahui perkembangan ataupun aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan, bolehlah melayari laman sesawang Times Square, www.tsqbrunei.com.