Boarding Gate Brunei dibuka rasmi

Boarding Gate Brunei dibuka rasmi

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDARAN SERI BEGAWAN, 2 Okt – Kedai alat pengembaraan mudah dibawa, ringan, tahan lasak dan berkualiti tinggi, Boarding Gate Brunei hari ini dibukakan secara rasmi di Airport Mall, Berakas.

Boarding Gate Brunei dibuka rasmi oleh Pengurus Besar GL Extra Enterprise, Lim Kwee, Pengarah Urusan Thule SEA, Don Wong dan Pengarah Jualan Seager Inc, Jeff Tan.

Menurut Jeff Tan, produk-produk yang dijual di kedai tersebut merupakan produk berkualiti tinggi terdiri daripada BG Berlin, LoQi, Pascafe,O2cool dan banyak lagi.

Sempena pembukaan kedai itu, mereka menawarkan hadiah-hadiah bagi orang ramai yang mengikuti Instagram mereka di alamat @boardinggatebrunei.

Dari kiri - Lim Kwee, Don Wong dan Jeff Tan ketika meresmikan Kedai Boarding Gate Brunei.
Dari kiri – Lim Kwee, Don Wong dan Jeff Tan ketika meresmikan Kedai Boarding Gate Brunei.
Antara pengunjung yang menyaksikan barangan di Boarding Gate Brunei.
Antara pengunjung yang menyaksikan barangan di Boarding Gate Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA