Boateng cergas hadapi Slovakia

Boateng cergas hadapi Slovakia

LILLE, Perancis, 26 Jun (AFP) – Pemain tonggak pertahanan Jerman, Jerome Boateng dijangka bersedia untuk mengambil semula kedudukannya dalam kesebelasan utama bagi pertembungan peringkat 16 terakhir Euro 2016 bertemu Slovakia, tengah malam ini.

Berita melegakan itu hadir daripada jurulatih, Joachim Loew selepas pertahanan Bayern Munich itu kembali menjalani latihan, semalam.

Ketika Jerman mencatat kemenangan 1-0 ke atas Ireland Utara pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Boateng terpaksa dikeluarkan pada minit ke-76 disebabkan masalah kecederaan betis.

Dia kembali menjalani latihan fasa terakhir di kem latihan pasukan itu di Evian sebelum mereka bergerak ke Lille bagi aksi penting bertemu Slovakia.

Jerome Boateng menyertai latihan bersama rakan sepasukan yang lain. – AFP
Jerome Boateng menyertai latihan bersama rakan sepasukan yang lain. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Dia mengambil bahagian dan tiada sebarang rungutan selepas latihan. Dia akan mengharungi rawatan malam ini (semalam) namun kami fikir tidak ada sebarang masalah,” kata Loew ketika sidang media di Stade Pierre-Mauroy.

“Bagus bagi kami untuk mengeluarkannya dengan pantas pada perlawanan terakhir dan dia memberikan kami petunjuk OK selepas latihan,” katanya.

Loew dalam pada itu turut menegaskan Bastian Schweinsteiger masih lagi pemain tonggak buat Jerman di Perancis sekali pun hanya memainkan peranan kecil setakat ini. Pemain tengah Manchester United itu banyak menghabiskan masanya di bangku simpanan sepanjang 2016 disebabkan kecederaan ligamen otot.

ARTIKEL YANG SAMA