Boca didenda, dinyah dari Copa Libertadores

Boca didenda, dinyah dari Copa Libertadores

ASUNCION, Paraguay, 19 Mei – Kelab gergasi Argentina, Boca Juniors disingkirkan daripada kempen Copa Livertadores musim ini sebagai hukuman atas serangan yang berlaku terhadap pemain River Plate, Khamis lepas.

Selain itu, Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat (CONMEBOL) turut mengarahkan Boca untuk membayar denda $200,000 selain beraksi tanpa penonton dalam empat perlawanan selepas ini.

Hukuman itu menyaksikan River menempah tiket ke pusingan seterusnya saingan elit kelab-kelab Amerika Selatan itu.

Pada perlawanan kedua peringkat 16 terakhir di laman Boca, sebahagian pemain River diserang penonton tuan rumah dengan bahan yang dikatakan bertoksid sehingga menyebabkan mereka terpaksa dibawa ke hospital.

Reaksi pemain Boca Juniors dan pengadil sebelum perlawanan Copa Libertadores menentang River Plate di stadium Bombonera, Buenos Aires 15 Mei lalu. - AFP
Reaksi pemain Boca Juniors dan pengadil sebelum perlawanan Copa Libertadores menentang River Plate di stadium Bombonera, Buenos Aires 15 Mei lalu. – AFP

“Jawatankuasa Disiplin CONMEBOL sudah memutuskan untuk menyingkirkan Boca Juniors daripada saingan Copa Libertadores 2015,” kata kenyataan daripada badan induk itu.

Insiden memalukan itu berlaku ketika pemain-pemain River sedang melalui terowong stadium untuk mengharungi babak kedua perlawanan sebelum beberapa penyokong lawan dilihat melepaskan bahan kimia kepada mereka.

Serangan itu menyebabkan beberapa pemain menggosok mata dalam kesakitan dengan rakan sepasukan berusaha untuk menenangkan mereka dengan mencurah air ke muka mereka bagi mengurangkan kesakitan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA