Body Shop & Happy Green meriahkan Hari Bumi

Body Shop & Happy Green meriahkan Hari Bumi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – The Body Shop Brunei telah bekerjasama dengan pemilik Happy Green, Dayang Olivia Ong dalam mengadakan acara jualan tanam-tanaman bersempena sambutan Hari Bumi 2015, di cawangannya di The Mall, Gadong, hujung minggu lalu.

Acara jualan itu turut memberi peluang kepada pelanggan-pelanggan memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi Pertandingan Post Semula dan Menang Hari Bumi, serta cabutan bertuah bagi mereka yang membeli belah di sana semasa dua hari acara berkenaan.

Dua pemenang, Syasya Sakinah and Renee Teo, telah menerima hadiah masing-masing, di Body Shop cawangan The Mall, Gadong, hari ini.

Dayang Syasya Sakinah (bawah) dan Renee Teo (atas) menerima hadiah masing-masing.
Dayang Syasya Sakinah (bawah) dan Renee Teo (atas) menerima hadiah masing-masing.

pg10_150506_f

ARTIKEL YANG SAMA