Body Shop sokong She Runs 2016

Body Shop sokong She Runs 2016

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Body Shop Brunei turut memberikan sokongan kepada Larian She Run 2016 yang akan berlangsung pada 15 Mei ini dengan menyumbangkan sebanyak 200 beg cenderahati kepada 200 peserta pertama untuk larian berkenaan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Body Shop Brunei, Dayang Zalin Maidin kepada Pengarah Urusan Fitness Zone, Wu Chun.

Semasa ditemui pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan, hari ini, Wu Chun menyatakan bahawa sumbangan yang diberikan itu amat bermakna bagi larian berkenaan yang diadakan buat kali kedua.

Sumbangan beg cenderahati berharga $23.80 ini akan memeriahkan lagi larian khusus bagi wanita sahaja, di mana dalam beg berkenaan tersedia barangan produk wanita, ujarnya.

Acara itu memberikan sasaran kepada perkumpulan wanita Brunei dan meningkatkan kesedaran dalam meningkatkan keyakinan mereka dan sebagai salah satu kerja amal kebajikan.

Dayang Zalin Maidin menyerahkan sumbangan kepada Wu Chun.
Dayang Zalin Maidin menyerahkan sumbangan kepada Wu Chun.

Wu Chun menegaskan, Fitness Zone sangat berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan syarikat dan organisasi besar di negara ini untuk menyokong dan mendukung hasrat murni seperti ini.

“Saya dan kumpulan Fitness Zone mendedikasikan She Runs 2016 untuk memperkukuhkan wanita dalam mengharungi dan menjalani kehidupan yang lebih baik dan daripada acara ini juga akan memberikan titik perubahan kepada mereka sebagai inspirasi membuat kelainan, pengukuhan semangat masing-masing,” ujarnya lagi.

Pendaftaran dalam talian untuk menyertai larian berkenaan kini dibuka sehingga 10 April 2016 dan pembayaran telah bermula sejak 25 Mac sehingga 18 April ini yang boleh dibuat melalui Fitness Zone Kiulap, manakala itu, kit larian akan diagih-agihkan bermula 10 hingga 13 Mei nanti.

ARTIKEL YANG SAMA