Boeing 737 MAX buat ujian pertama

Boeing 737 MAX buat ujian pertama

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) – Boeing 737 MAX 8 melakar kejayaan penting selepas menyelesaikan ujian penerbangan tahap tinggi di La Paz, Bolivia.

Ujian itu adalah penerbangan antarabangsa pertama dalam ujian penerbangan 737 MAX.Ujian ketinggian 13,300 kaki (4,050 meter) di lapangan terbang itu menguji keupayaan MAX semasa pelepasan dan pendaratan pada tahap tinggi, yang boleh memberi kesan ke atas prestasinya secara menyeluruh, kata Boeing dalam satu kenyataan.

Naib Presiden Boeing Commercial Airplanes yang juga Pengurus Besar program 737, Keith Leverkuhn, berkata enjin dan sistem lain berfungsi dengan baik, seperti yang dijangkakan, di bawah kedudukan yang ekstrim.