Boeing beri amaran isu pesawat udara

Boeing beri amaran isu pesawat udara

WASHINGTON, 19 Julai – Syarikat gergasi penerbangan Amerika Syarikat, Boeing mengatakan semalam ia telah meminta syarikat penerbangan untuk menumpukan perhatian ke atas isu penyelenggaraan selepas sebuah panel gear pendaratan jet penumpang jatuh ketika berlepas dan gugur di atas sub bandar Shanghai.

Lapisan logam seberat 130 paun (60kg) jatuh ke bumi selepas Air France Flight 111 berlepas dari Shanghai menuju ke Paris pada Isnin, menurut Boeing.

Tidak ada yang dilaporkan cedera dalam kemalangan Boeing 777 itu.

“Kami telah bekerja rapat dengan para pelanggan kami dan memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana untuk melakukan sebarang penyelenggaraan yang diperlukan,” jurucakap Chris Villiers memberitahu AFP.

“Ia memang tidak menjejaskan integriti struktural gear pendaratan mahupun keselamatan penerbangan.”

Katanya lagi, Boeing menganggap insiden itu ‘dengan kebimbangan penting dan segera.”

Panel itu, yang Villers tekankan bukan sebahagian daripada struktur gear pendaratan itu sahaja, namun salah satu bahagian yang membuka dan menutup ketika gear pendaratan dibuka.

Boeing telah mengeluarkan buletin perkhidmatan kepada armada yang memberikan arahan untuk bagaimana menyelesaikan isu berkenaan. Masalah itu perlu ada kaitan dengan kancing yang memegang panel itu di tempatnya.

Dalam satu kenyataan, Boeing mengatakan: “Kami telah mengimplementasikan perubahan bagi penghasilan pesawat udara dalam kilang kami.”

Lebih daripada 1,100 Boeing pesawat udara 777 sudah berkhidmat dengan berpuluh-puluh penerbangan di seluruh dunia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA