Boeing hasilkan robot cipta pesawat

Boeing hasilkan robot cipta pesawat

NEW YORK, 16 Nov (Reuters) – Sepanjang sejarah 100 tahunnya, apabila Boeing mengeluarkan lebih banyak kapal terbang, pekerjaan meningkat dan ekonomi kawasan Seattle berkembang. Apabila kadar pengeluaran merosot, pembuangan pekerja menyusuli dan ekonomi tempatan jatuh.

Kitaran itu dapat diramalkan sehingga pekerja Boeing mempunyai satu frasa untuknya: ‘Jumlah orang adalah mengikut kadar.’

Kini kitaran lama itu telah berakhir. Pembuat kapal terbang terbesar di dunia itu berada di tengah keadaan melambung terbesar pada era aman, menghasilkan 20 peratus lebih banyak kapal terbang berbanding apabila kitaran besar terakhir mencapai kemuncak pada 1990.

Namun ia melakukan demikian dengan satu pertiga pekerja yang kurang. Mengganti tempat mereka, Boeing sedang beralih kepada robot dan memberikan kontrak kepada pembekal luar. Dalam tempoh tahun lalu, Boeing memasang empat mesin dua tingkat di kilang yang menghasilkan pesawat udara 737 di Renton, Washington.

Sebahagian daripada badan pesawat 737 dibuat menggunakan mesin sistem robotik di kilang Boeing di Renton, Washington. – Reuters
Sebahagian daripada badan pesawat 737 dibuat menggunakan mesin sistem robotik di kilang Boeing di Renton, Washington. – Reuters

Apabila ia dipasang pada Mei, penembak rivet yang sudah lama itu memberi laluan kepada robot 60-tan, yang dikatakan oleh Boeing boleh bekerja dua kali lebih cepat daripada orang, dengan kelemahan berkurangan sebanyak dua pertiga.

Di kilangnya di Everett, Washington, Boeing telah memasang lengan robotik untuk menggerudi dan mencantumkan fiuslaj untuk pesawat udara 777.

Mesin itu ‘mengambil 50,000 hingga 70,000 kancing dalam fiuslaj 777 yang hari ini dipasang dengan tangan dan mengendalinya secara automatik,’ kata Ketua Eksekutif Boeing Dennis Muilenburg dalam satu ucapan pada pesta perniagaan ruang aeroangkasa di Seattle pada September.

Ia adalah “perubahan besar dalam cara kami membina kapal terbang.”