Boeing lancarkan dron kargo

SAN FRANCISCO, 11 Jan – Pengeluar ruang aeroangkasa terbesar di dunia, Boeing, semalam melancarkan dron kargo pelepasan dan pendaratan menegak elektrik baru (eVTOL).

Boeing berkata dalam satu kenyataan bahawa kenderaan udara kargo (CAV) itu berupaya menghantar muatan sehingga 500 paun untuk kargo dan logistik akan datang.

CAV, yang menggunakan sistem pendorongan elektrik mesra alam, akan digunakan untuk menguji dan mengembang teknologi automasi Boeing untuk kenderaan ruang aeroangkasa masa akan datang.

“Kenderaan udara kargo melambangkan satu lagi langkah penting dalam strategi eVTOL Boeing kami,” kata Ketua Pegawai Teknologi Boeing Greg Hyslop.

“Kami mempunyai peluang untuk benar-benar mengubah perjalanan dan pengangkutan udara, dan kami melihat kembali pada hari ini sebagai satu langkah besar dalam perjalanan tersebut,” kata beliau.

Ia mengambil masa kurang daripada tiga bulan untuk kumpulan jurutera dan juruteknik Boeing untuk mereka bentuk dan membina prototaip CAV.

CAV berjaya menamatkan ujian penerbangan awal di makmal Boeing di Missouri, kata pemimpin ruang aeroangkasa terkenal dunia. – Xinhua