Boeing meterai lagi perjanjian jualan jet

Boeing meterai lagi perjanjian jualan jet

FARNBOROUGH, United Kingdom, 13 Julai – Pembuat pesawat udara Amerika Syarikat (AS), Boeing hari ini mengesahkan tempahan dari Air Europa, Sepanyol dan Ruili Airlines dari China semasa pameran udara Farnborough.

Air Europa telah membeli 20 jet 737 MAX 8 bernilai AS$2.2 bilion pada harga senarai, pada tempahan sebelumnya yang tidak menyatakan pembelinya.

Syarikat-syarikat penerbangan biasanya merundingkan harga diskaun pada tempahan pesawat udara yang banyak.

Boeing menambah bahawa ia juga telah menamatkan satu perjanjian untuk menjual enam buah 787-9 Dreamliner bernilai AS$1.59 bilion pada senarai harga, kepada pengangkutan China, Ruili Airlines.

Transaksi itu mewakili tempahan pertama bagi pengangkutan itu yang berpangkalan di wilayah Yunnan, China.

Ruili Airlines sudah pun mengumumkan hasratnya untuk menempah pesawat udara itu pada Mei. – AFP