Boeing meterai perjanjian dengan China

Boeing meterai perjanjian dengan China

FARNBOROUGH, United King-dom, 11 Julai – Boeing hari ini merangsang ramalan 20 tahunnya bagi pasaran pesawat udara global, yang dipacu oleh permintaan daripada pengangkutan tambang murah dan pasaran berkembang, ketika ia men-dedahkan perjanjian multi-bilion untuk menjual pesawat di China.

Boeing berkata ia menjangkakan permintaan keseluruhan bagi pesawat baru berhubung 20 tahun akan datang untuk melebihi ramalan sebelumnya sebanyak 4.1 peratus, meramalkan tuntutan keseluruhannya pada gabungan 39,600 jet bernilai AS$5.9 trilion (5.3 trilion euro).

Boeing meramalkan puratanya 4.8 peratus pertumbuhan tahunan dalam trafik penum-pang selama 20 tahun, dengan 9,100 pesawat baru lebih lebar dijangka akan disalurkan sepanjang tempoh tersebut. Ia memetik permintaan penggantian kukuh yang dianggarkan bernilai AS$2.8 trilion pada tempoh kemuncak dari 2021-2028.

“Meskipun acara baru-baru ini telah memberi impak pasaran kewangan, sektor penerbangan akan terus menyaksikan pertumbuhan jangka panjang dengan armada komersial akan berganda dalam saiznya,” kata naib presiden pemasaran Boeing, Randy Tinseth dalam satu kenyataan.

Boeing meramalkan 15,130 pesawat baru akan dihantar ke Asia menjelang 20 tahun, menandakan ia rantau yang paling banyak mendominasi.

Juga hari ini, Boeing menandatangani perjanjian draf bersama Xiamen Airline milik kerajaan China untuk menjual kira-kira 30 daripada 200 pesawat 737 MAX dengan nilai katalog sekitar AS$3.39 bilion.

Persetujuan bagi jet enjin kembar, didedahkan semasa pameran udara Farnborough, yang memerlukan persetujuan lembaga Xiamen Airline serta lembaga kumpulan China Southern Airline dan Beijing. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA