Boeing raih kontrak AS$1.49 bilion

Boeing raih kontrak AS$1.49 bilion

NEW YORK, 28 Ogos – Boeing Berjaya meraih kontrak bernilai AS$1.49 bilion untuk membina 13 pesawat pengawasan maritim tambahan P-8A, dan menyediakan peralatan gantian bagi 20 pesawat lain dari jenis yang sama.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat berkata sembilan pesawat sedang dibina bagi Tentera Laut AS, sementara empat yang lain direka bentuk untuk Tentera Udara Diraja Australia.

Peralatan gantinya digunakan bagi pengeluaran 16 lagi pesawat P-8A bagi Tentera Laut AS dan empat lagi pesawat Australia.

Pesawat-pesawat dan peralatan gantiannya – dengan 80 peratus kerja-kerjanya sedang dijalankan di barat laut negeri Washington – dijadualkan bagi penghantaran menjelang Disember 2018, menurut Pentagon. – AFP