Boeing serah pesawat 787 ke-50 kepada ANA

Boeing serah pesawat 787 ke-50 kepada ANA

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Boeing hari ini menyerahkan pesawat 787 Dreamliner yang ke-50 kepada All Nippon Airways (ANA) di pusat penyerahan Everett.

Peristiwa penting itu menandakan satu lagi rekod untuk ANA yang menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia, mengendalikan 50 pesawat 787 Dreamliners.

“Pesawat 787 Dreamliner memainkan peranan penting, membuka laluan baru ke pasaran baru, di samping membentuk tulang belakang kumpulan penerbangan jarak jauh kami,” kata Presiden/CEO ANA Osamu Shinobe dalam satu kenyataan.

Sebagai sebahagian usaha untuk mengembangkan rangkaian globalnya, ANA juga mengumumkan rancangan untuk melancarkan laluan baru dari Tokyo di Narita ke Phnom Penh di Kemboja pada September ini dan ke Mexico City, Mexico, pada Februari 2017, menggunakan 787 Dreamliners.

ANA menjadi pelanggan semasa pelancaran pesawat 787 apabila syarikat penerbangan itu membeli 50 pesawat pada 2004 dan yang pertama mengendalikannya pada 2011.

Syarikat penerbangan ini kini mengendalikan lebih 11 peratus daripada semua pesawat 787 di seluruh dunia dan menerbangkan pesawat itu pada anggaran 125,000 penerbangan dengan Dreamliner. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA