Boeing umum perjanjian jet

Boeing umum perjanjian jet

FARNBOROUGH, United Kingdom, 12 Julai – Syarikat gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), Boeing hari ini mengumumkan siri perjanjian bagi penjualan pesawat udara komersial, dengan China menunjukkan minat mendalam dalam pameran udara Farnborough pada hari kedua.

Pembuat pesawat itu berkata ia telah memuktamadkan tempahan bersama syarikat perjalanan Kumpulan TUI Jerman bagi 10 buah jet lorong tunggal 737 Max 8 dan tambahan pilihan bagi Dreamliner perjalanan jauh 787-9.

Perjanjian TUI bernilai AS$1.4 bilion (1.3 bilion euro) pada harga katalog, sementara pesawat penerbangan udara biasa mendapat diskaun besar.

Boeing menambah bahawa Air Lease Corporation telah menggandakan tempahan kepada enam buah 737 MAX 8s yang berjumlah sekitar AS$660 juta.

ALC pada masa ini memiliki 180 buah jet yang ditempah dengan Boeing, yang mewakili tunggakan terbesar bagi mana-mana pajakan pelanggan.

Pesawat udara Airbus A380 berada di landasan semasa Pameran Farnborough, barat daya London, pada 12 Julai. - AFP
Pesawat udara Airbus A380 berada di landasan semasa Pameran Farnborough, barat daya London, pada 12 Julai. – AFP

Boeing menambah bahawa Kunming Airlines China juga menunjukkan minat dengan membeli 10 buah pesawat udara 737 MAX 7 dengan harga AS$902 juta.

Boeing yang berpangkalan di Seattle itu, menambah, bahawa pengangkutan China lain yang tidak dinamakan telah menandatangani satu komitmen bagi pembelian 30 buah jet 737 bernilai lebih AS$3 bilion.

Pesawat itu adalah gabungan 737 MAX dan Generasi Baru 737s.

Sementara itu, syarikat penerbangan Jerman, Germania hari ini juga telah menempah 25 Airbus A320 yang efisien minyak bernilai AS$2.6 bilion pada harga senarai dalam satu pengumuman di pameran itu juga.

Tempahan pesawat udara firma itu, bagi penghantaran yang bermula 2020, akan menggandakan armada masa kini Germania Group, yang kedua-duanya telah mengumumkannya pada hari kedua Farnborough.

Kontrak itu telah ditandatangani semasa pameran itu oleh pegawai bos Germania, Karsten Balke dan Fabrice Bregier, presiden dan CEO Airbus.

“Kami amat teruja Germania Group telah memperbaharui keyakinannya dalam Airbus untuk mengembangkan selanjutnya armada Airbus,” kata Bregier dalam satu kenyataan.

“Dengan mengoperasikan A320neo, syarikat penerbangan itu akan mendapat kemudahan daripada keefisienan minyak dan inovasi kabin terbaru dengan keselesaan tiada tolok bandingan bagi para penumpang.” – AFP