Boeing, Vietjet muktamadkan perjanjian

Boeing, Vietjet muktamadkan perjanjian

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) – VietJet Aviation Joint Stock Company dan Boeing telah memuktamadkan tempahan untuk 100 pesawat 737 MAX 200, bernilai lebih kurang AS$11.3 bilion pada senarai harga semasa.

Perjanjian tersebut yang menjadi pembelian pesawat komersil yang terbesar oleh syarikat penerbangan Vietnam itu, telah disaksikan oleh Presiden Republik Sosialis Vietnam Trn Ði Quang dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, kata Boeing dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Melalui perjanjian ini, Vietjet akan menyumbang kepada peningkatan jumlah dagangan dua hala antara Vietnam dan Amerika Syarikat, serta integrasi dan pembangunan industri penerbangan di Vietnam,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Vietjet Nguyn Th Phng Tho.

Kapal terbang itu akan dihantar mulai 2019 sehingga 2023 bagi menyokong pertumbuhan berterusan Vietjet di rangkaian domestik dan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Vietjet, Nguyen Thi Phuong Thao (kiri) berjabat tangan dengan Presiden AS Barack Obama (dua dari kiri) manakala Ray Corner, Presiden dan CEO Boeing Commercial Airplane (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Vietnam Tran Dai Quang (dua dari kanan) semasa majlis penandatangan perjanjian pembelian 100 pesawat Boeing. – AFP
Ketua Pegawai Eksekutif Vietjet, Nguyen Thi Phuong Thao (kiri) berjabat tangan dengan Presiden AS Barack Obama (dua dari kiri) manakala Ray Corner, Presiden dan CEO Boeing Commercial Airplane (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Vietnam Tran Dai Quang (dua dari kanan) semasa majlis penandatangan perjanjian pembelian 100 pesawat Boeing. – AFP

Perjanjian itu juga akan membantu Vietjet meningkatkan armada pesawatnya kepada lebih 200 kapal terbang me jelang akhir 2023, dengan teknologi te moden dan paling maju di dunia.

“Boeing amat berbesar hati kerana dapat sekali lagi, memainkan peranan dalam memajukan industri penerbangan di Vietnam,” kata Presiden Pesawat Komersil dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Ray Conner.

MAX 737 menggunakan enjin dengan teknologi terbaharu CFM International LEAP-1B, sayap lawi termaju dan beberapa peningkatan lain bagi memberikan kecekapan, kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang yang tertinggi dalam pasaran satu lorong.

Sehingga kini, sebanyak 3,098 tempahan dari 65 pelanggan antarabangsa telah diterima untuk 737 MAX.

ARTIKEL YANG SAMA