Boeing, Xiamen Airlines tempah 10 pesawat 737s

Boeing, Xiamen Airlines tempah 10 pesawat 737s

KUALA LUMPUR, 27 April – Boeing dan Xiamen Airlines, syarikat penerbangan China yang hanya menggunakan pesawat Boeing, memuktamadkan tempahan 10 pesawat Next-Generation 737-800s bernilai AS$960 juta pada harga senarai.

Pembuat pesawat itu berkata tempahan terbabit dimuatkan dalam laman web Pesanan dan Penghantaran Boeing setelah semua tanggungan luar jangka diselesaikan.

Menerusi satu kenyataan dari Seattle hari ini, naib Presiden Kanan Jualan Timur Laut Asia Boeing Commercial Airplanes, Ihssane Mounir berkata pesawat 737-800 merupakan versi paling laris dalam keluarga Next-Generation 737.

“Kami gembira melihat 737-800 terus memainkan peranan penting dalam pengembangan kumpulan Xiamen Airlines,” katanya.

Ditubuhkan pada 1984 sebagai usaha sama pertama China dengan Pentadbiran Penerbangan Awam China dan kerajaan tempatan, Xiamen Airlines memulakan penerbangan penumpang pada 1985 menggunakan dua 737-200s ke tiga bandar raya.

Peluasan itu yang mencerminkan pertumbuhan pesat industri perjalanan udara China, Xiamen Airlines kini menambah kumpulan pesawatnya dalam perkhidmatan kepada 135 kapal terbang 737-700s (17), 737-800 (108), 757-200s (empat) dan 787-8 Dreamliner (enam). – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA